Founder

Muhammad Khairi Bin Wahid
Founder
Ayie mula menjual helmet ketika masih belajar dekat Kolej Komuniti Segamat 2 dalam jurusan sijil pemasangan elektrik. Sepanjang dekat sana Ayie dapat belajar macam mana nak mulakan perniagaan, jadi Ayie dapat idea untuk menjual topi kaledar. Waktu pertama kali menjual dari rumah. Kemudian , Ayie mendapat peluang untuk buka “car booth helmet”
Bila Ayie tamatkan pelajaran , barulah Ayie dapat membuka sebuah kedai topi kaledar. Inspirasi Ayie , Ayie nak menjadikan Tokan Helmet ni salah satu jenama yang dikenali di Malaysia & negara-negara jiran. Kami juga pakar dalam pemilihan saiz yang tepat untuk pengguna. Mungkin anda tak tahu apa yang sesuai dihadiahkan kepada diri sendiri / orang tersayang dengan adanya Tokan Helmet ni anda akan lebih menghargai diri sendiri dan kami akan merealisasikan impian anda semua
Perniagaan Tokan Helmet bermula sejak 23 Mac 2018 adalah perniagaan yang berasaskan dalam bidang permotoran. Keutaamaan kami adalah membantu keselamatan para penunggang motosikal untuk mendapatkan topi kalendar yang selamat dan betul.
Apa yang mendorang Ayie untuk membuka kedai helmet ni adalah salah satunya Ayie nampak ramai pengguna motosikal tidak memilih topi kaledar yang betul dan tidak selamat untuk digunakan di atas jalan raya.